Kesilapan / Ketidaksempurnaan dalam Ibadat & Amalan (bhgn 5)
1. PENTING!! Apabila kita masbuk (tak sempat bertakbiratul ihram bersama imam) walau pada rakaat pertama sekalipun, jika kita mula membaca doa iftitah terlebih dahulu, kemudian disambung dengan surah al-Fatihah, kita mesti menghabiskan surah al-Fatihah tersebut barulah kita dapat rakaat tersebut..Jika imam sudah rukuk sebelum kita sempat habiskan al-Fatihah, dan kita pun ikut rukuk sama, bermakna kita perlu menggantikan rakaat tersebut selepas salam..jika tidak, solat kita tak sah..jadi kita perlu menghabiskan juga Fatihah tersebut selagi kita belum ketinggalan 3 rukun sembahyang daripada imam..Melainkan apabila kita masbuk kita terus membaca al-Fatihah tanpa membaca doa iftitah dan lain2, barulah Fatihah kita ditanggung oleh imam jika kita tak sempat habis baca..bermakna kita tak perlu mengganti rakaat tersebut..Kesimpulannya, teruslah membaca al-Fatihah tanpa membaca doa iftitah, isti’azah atau lain2 apabila kita masbuk..
2. Sebenarnya penggunaan gelaran “arwah” untuk orang yg dah mati tu kurang sesuai kalau nak diikutkan..”Arwah” tu dalam bahasa arab adalah plural bagi “roh”..bermakna tiap2 kali kita sebut “arwah si polan” bermakna kita menyebut “roh-roh si polan”..kan tak kena tu..tak tau la kenapa bahasa Melayu kita ambil pakai perkataan “arwah” tu in the first place..memang la tak salah, tapi kalau kita menggelar si mati dengan nama “Allahyarham” kan itu lebih elok..”Allahyarham” maksudnya “semoga Allah merahmati” bermakna setiap kali kita menyebut “Allahyarham si polan” bermakna kita sedang mendoakan si polan tersebut..kita pun dapat pahala kerana mendoakan si mati dan pada yg sama mengingati Allah..berbanding kita menyebut “arwah” apa pun tak dapat..
3. Merujuk pada salah satu point dalam bahagian 2 terdahulu:
Orang kita selalu menyebut “Allahyarhamah” pada perempuan yg telah meninggal dunia..Walhal sebenarnya samada lelaki atau perempuan tetap dipanggil “Allahyarham”..perkataan “Allahyarhamah” itu tidak wujud dlm bahasa Arab..orang Melayu kita je yg pandai2 tambah..kalau orang Arab dengar buat malu kompeni je..tolong perbetulkan ye..
Kat rumah Ron ni ada dua kamus dewan..satu keluaran 1970 dan satu lagi keluaran 1991..Apabila Ron semak dalam kamus dewan 1970 memang ada perkataan Allahyarham, tetapi tak ada pun perkataan Allahyarhamah..tapi bila Ron tengok kat dalam kamus dewan 1991 ada pulak perkataan Allahyarhamah tu..so memang terbukti la apa yg Ron cakap sebelum ni..orang Melayu kita memang suka memandai tambah…ahaha..siap masuk kamus lagi..kalau korang terdengar kawan2 duk sebut Allahyarhamah lagi, tolonglah perbetulkan diorang ye..
4. Semasa takbiratul ihram wajib kita menyebut “Allahu Akbar”. Lazim yang berlaku dalam kalangan umat Islam ialah mereka memanjangkan “baar” pada perkataan akbar. Dengan memanjangkan “akbar” itu tidak lagi memberi makna “Allah Maha Besar”. Jadi berhati-hati menyebutnya…
5. Selalu kelihatan di suaru R&R banyak sgt imam dlm satu masa..berkelompok-kelompok orang berjemaah..HARAM hukumnya! Hanya satu imam saja yang dibenarkan dalam satu masa..kita kalau datang surau@masjid jika dah ada orang lain berjemaah, kita kena join mereka, tak boleh buat ‘group’ baru..jika kita bermusafir beramai-ramai dan hendak buat jamak qasar berjemaah, kita kena tunggu mereka habis solat dulu, baru kita boleh berjemaah sesama kita..ataupun kita join mereka sekali tanpa buat qasar (jamak sahaja), bermakna tak payah pendekkan rakaat..
6. Ramai gak orang yang ketika sembahyang, mata dia melilau merata-rata..semua orang yg lalu ditengoknye..Barangsiapa yang ketika solat matanya tidak ditumpukan pada tempat sujud, maka Allah Taala takkan pandang pun solatnya itu..
7. Kalau ketika kita sembahyang, kita mengubah niat maka batallah sembahyang kita itu…Contohnya, apabila kita sembahyang, kita berfikir “Hari nampak macam nak hujan dah ni, baju kat ampaian tak ambik lagi…kalau tiba2 hujan karang, aku batalkan la sembahyang ni sebab nak ambik baju..” Haa..kan dah ubah niat tu..batal sembahyang kalau camtu..Oleh itu, setelkan semua benda yg nak dibuat sebelum sembahyang agar kita boleh sembahyang dengan khusyuk..
8. Jangan sujud terlalu lama ketika tahiyat akhir apabila menjadi makmum. Ramai yang tak sedar, jika imam sudah membaca tahiyat sehingga “Allahumma solli ‘ala Muhammad” bermakna kita sudah ketinggalan 3 rukun jika kita masih sujud. Dan menyebabkan solat kita batal. Jika nak sujud lama2, sembahyang la sorang2..
9. Banyak tempat yang buat program Qiyamullail akan membuat solat sunat tasbih. Tak ada sunnah pun untuk utamakan buat solat tasbih pada tengah2 malam. Sepatutnya solat tengah malam dibuat solat tahajjud, taubat dan sebagainya, manakala solat tasbih nak buat siang2 pun boleh.. Ini adalah kerana orang yang tak biasa bangun beribadat pada tengah malam dikhuatiri akan ‘tumbang’ ketika sujud yang terlalu lama ketika solat tasbih. Kerana sudah banyak kes berlaku camni..Tetapi tidaklah menjadi kesalahan pun kalau nak buat. Cuma bagi yang tak biasa bangun malam qiyamullail lebih baik tak payah buat. Buat solat tasbih siang2 kan lagi senang…
10. Kalau lalu kat kawasan perkuburan, boleh dapati banyak sangat kubur2 yang dihiasi dengan macam2 hiasan, contohnya bersimen, bermarmar, berbumbung dan sebagainya.. Ingat! Makin cantik kubur kita, makin syaitan suka nak bertenggek kat situ. Nabi Muhammad melarang kita untuk menghiasi kubur sedemikian rupa kerana selain membazir, ia juga boleh menimbulkan sifat bermegah dan menunjuk. Apabila kita dah tua nanti, pesanlah pada anak cucu supaya kubur kita nanti janganlah dihiasi dengan apa2 hiasan. Cukuplah sekadar batu nisan di atasnya.
11. Sudah menjadi amalan kebiasaan pula orang kita untuk membawa bunga atau jambak2 bunga ketika menziarahi kubur. Perbuatan ini jelas sekali meniru amalan orang2 kafir yang sentiasa membawa bunga apabila menghadiri majlis2 kematian mereka. Hukumnya adalah haram! Takde makna pun bagi bunga kat orang mati..
12. Kasihan pula melihat orang2 zaman sekarang ramai yang berkata hukum hudud itu tak sesuai dengan zaman la, tak sesuai dengan masyarakat majmuk la..Seolah2 mereka mengatakan bahawa Allah itu tak tau pun yang Malaysia ni adalah negara majmuk..Jika kita menolak hudud bermakna kita sudah menolak Quran, dan barangsiapa yang menolak walau satu huruf pun dari dalam Quran maka kafirlah ia..kesian orang kita..Ron nak ingatkan di sini, kita memang tak terdaya lah nak ubah pucuk pimpinan negara kita, tapi anda sendiri bagaimana? Tak kira lah korang penyokong belah mana pun, jangan sesekali sebut hudud itu tak sesuai dengan zaman dan sebagainya..kerana boleh menyebabkan terbatalnya iman kita..na’uzubillah..
Wallahua’lam..jumpa lagi dalam bahagian ke-6 InsyaAllah..
———————————————————————————————————————————————
Untuk siri-siri yang lepas, boleh tengok kat sini:


Leave a Reply